Genosida vape masih meledak! Seperti Gaza, bila akan berakhir?



Apatah lagi, berbagai laporan membuktikan kecenderungan amat mendukacitakan angkara Akta Racun 1952 dipinda secara 'paksa' membelakangkan pendapat teramai, khasnya para profesional kesihatan seluruh negara, malah global termasuk Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
Rentetan daripada itu, ia membuka ruang seluas-luas mungkin kepada jutaan anak muda yang membudayakan penggunaan vape sehingga ramai sudah mula ketagih baik dibangku sekolah lagi. Seolah-olah pembunuhan beramai-ramai (genosida) yang disengajakan.
Dikatakan 'sengaja' kerana ada dakwaan yang jemaah menteri serta ahli parliamen bersekongkol merestui hal sedemikian walaupun sudah pun diramalkan akan berisiko begitu tinggi, seperti bahaya Evali, antara lain. Namun tidak diambil peduli sama sekali walhal menteri silih berganti, pembelaan masih terus dizalimi. Tiga tahun sudah berlalu, drama dan jenaka politik lesu jelas dijadikan hidangan menyayat hati. Ratusan, sekurang-kurangnya, sudahpun terjerumus khususnya dari golongan sosio-budaya rendah. Mereka teraniaya bulat-bulat!
Anehnya, kini timbul pula istilah baharu – imuniti, diilhamkan Presiden Trump dalam menutup aibnya semasa memegang jawatan rasmi ketua negara US ketika itu. Yakni menuntut kekebalan dari apa-apa tindakan undang-undang oleh mana-mana pihak yang teraniaya, biarpun telah lama berlalu bagi yang menganiaya!
Kes vape ini boleh dianggap sebagai penganiayaan yang wajar diketengahkan dari segi undang-undang. Justeru, sudah pun ada kes di Malaysia yang menghadapkan menteri yang bertanggungjawab ketika itu kemuka pengadilan. Sekonyong-konyong, soal kekebalan ini muncul menjadi isu mengejutkan sungguhpun selama ini disenyapkan begitu sahaja. Ternampak yang mereka teraniaya kini cukup cekal dan yakin dengan kesan bahayanya untuk diheret ke muda pengadilan. Syabas!
Maka bagi yang tersepit kini terkial-kial menjadikan kekebalan sebagai langkah 'angkuh' untuk menghalalkan sepak terajang politik yang kononnya akan menggertak jiwa anak-anak remaja yang bukan kepalang tekad mereka menuntut tindakan keadilan. Hatta, bertemulah buku dengan ruas. Yang tua dengan muda. Yang benar dengan yang palsu. Yang berani dengan dayus. Seluruh dunia sedang terus memerhati dengan teliti. Cukup ngeri!
Bagi anak-anak genosida, mereka berpeluang untuk menuntut hak asasi kesihatan mereka yang selama terabai dan tertekan. Sempama Hari Tanpa Tembakau Sedunia kali ini yang menyingkap kegiatan celaka industri tembakau secara niat gelitanya, mereka terus-menerus menganiaya melalui drama dan jenaka politik lesu tanpa malu. Lupa mereka bahawa bila-bila sahaja masa durjana akan tiba umpama karma yang bergilir masa. Janji Ilahi akan menjelma apabila sampai ketikanya. Melalui doa bersama tanpa berputus asa kekebalan akan menyebelahi mereka yang teraniaya bukan yang berdusta. Mudah-mudahan akan terkabul jua membelaan generasi muda tidak berdosa! Pihak industri serta tali barutnya perlu ditentang habis-habisan dengan berani sepertimana seluruh dunia! Cukuplah Malaysia dijadikan neraka MADANI untuk mencari kekayaan bagi mereka! Allahu'alam.