Berani dalam Benar: Maruah dan nasib negara, siapa peduli? Teori konspirasi berulang lagi
Berita sebuah akhbar bahasa Cina "melesapkan" simbol bulan sabit dan bintang dari Jalur Gemilang telah mendapat berbagai reaksi dari banyak pihak. Namun ramai kurang gembira termasuk cerdik pandai dan juga bodoh sombong. Masing-masing dengan bicaranya mengikut kecenderungan mereka tidak terikat kepada kaum atau kepercayaan.
Sejujurnya, berita itu ada aspek positif, tidak semua negatif. Yang lesap iyu hanyalah simbol bulan sabit. Bintangnya terserap dalam simbol bintang pada bendera negara Republik Rakyat China. Saya baca langkah sebenar melesapkan simbol bulan sabit mempunyai maksud amat halus. Seolah-olah memfokus kepada kepercayaan yang berkait rapat dengan simbol bulan sabit. Yakni Islam. Bukan sangat bintang! Kerana Islam mempunyai bintang pecahan lima, bukan 14 seperti dalam Jalur Gemilang yang lebih mewakili bilangan negeri and wilayah dalam Malaysia. Tiada kaitan dengan mana agama! Hanya negara!
Andainya oleh itu, akhbar tersebut ingin memberi peringatan bahawa soal hal ehwal orang beragama Islam di Republik tersebut seakan-akan dilesapkan atau setanding dengan yang berlaku di Myanmar, hakikat yang lebih nyata kepada dunia. Ataupun seperti di barat dengan kegilaan Islamofobia yang melulu. Tetapi semua ini berbeza dengan tanah besar China, mengambil kira yang rakyat Islam di negara itu anggaran berjuta-juta dan merata-rata! Maka, keheningan tentang apa yang sedang berlaku kepada mereka teramai menimbulkan tanda-tanya. Sama ada keadaan sudah tidak lagi menjadi kerisauan antarabangsa atau sebaliknya. Masih berteka-teki. Maka isu kelesapan berkenaan membawa suatu tumpuan strategik tentang kedudukan sebenar keberadaan Islam sebagai rakyat minoriti.
Mungkin akhbar berkaitan sedia maklum yang hal berkaitan agama Islam tidak akan disentuh sama sekali dalam lawatan rasmi ketua Republik itu. Maka kelesapan simbol bulan sabit dijadi kejutan yang mengingatkan semula akan keadaan yang tidak menentu disana. Apatah lagi Republik China menyokong kuat tentang genosida di Gaza dan Palestin amnya. Sudah barang tentu rakyat Islam minoriti tidak akan mengalami ketidakadilan sebagai rakyat sah Republik di bawah pemerintah berkefahaman "sama ada, sama rasa." Ini yang belum pasti dan memerlukan keyakinan melalui langkah-langkah berani untuk diperjelaskan sekali gus.
Jika inilah matlamat yang terlibat bagi akhbar berkenaan dan staf yang turut serta, maka harus ada pertimbangan khas dan bukan sembarangan. Malah ada beberapa suara yang mengecam pihak berwajib kerana mengambil tindakan sedemikian. Pihak akhbar pun mengambil langkah menggantung individu-individu yang terlibat. Hujah mereka adalah maaf terbuka telahpun dipinta dan kesilapan teknikal diakui. Apa lagi?
Ada yang terlupa puluhan laporan polis telah dibuat oleh orang awam. Bermakna siasatan harus berlaku untuk menentukan apa yang wajar. Tidak hanya sekadar mengecam pihak itu dan ini. Kadang kala, cakap tak serupa bikin serta mengelirukan lagi keadaan. Wal hal, kalau sebenar-benar yakin yang pihak akhbar berniat baik, jangan kecam sahaja. Ampu mereka dan selamatkan keadaan dengan mengambil tindakan seperti memberi pekerjaan kepada yang dizalimi. Misalnya, ambil mereka sebagai pensyarah, malah bertaraf profesor sekalipun agar dapat dimanfaat oleh pihak universiti dalam menyelesaikan ketakadilan serta kezaliman, sengaja atau tidak. Jangan sampai melafazkan "malu menjadi Melayu" mengikut satu laporan akhbar. Orang Melayu teramai pun kadang kala terus dimalukan oleh orang sebangsa apabila hanya tahu mengecam sahaja, sekadar mendapat publisiti murahan khususnya dari oleh golongan bukan Melayu. Kalau betul-betul malu bertindaklah. Ramai yang menunggu dan lihat! Terutama, seperti yang diterangkan awal-awal tadi ia menrentasi batasan kaum. Mungkin lebih berat kepada kepercayaan, seiring dengan lesapnya simbol bulan sabit khasnya. Tetapi jangan sampai pula malu menjadi peanut Islam - implikasinya lebih luas dan lebih parah. Tidak berbaloi dengan publisiti yang dicita khasnya sebagai seorang yang menonjolkan diri sebagai "pandai" agama. Barang diingat bahawa Islam menganjur tindakan ikhlas selepas mendalami ilmu. Allahu'alam.
Nampaknya, sebagai kesimpulan ringkas dari natijah lawatan ketua Republik China, hal ini membawa kesedaran baru bagi negara dan rakyat jelata. Juga laungan untuk rakyat tertindas di Gaza, tetapi tidak berkongsi di negara-negara lain yang juga melakukan penindasan yang sama serupa dengan di Gaza. Namun, kita membisu seribu bahasa, kelesapan bendera mengkaburi semua. Sehingga ada yang malu mengenali bangsa sendiri, tidak semena-mena. Punya angkara!
Bagi pelawat negara, sudah merasa lega, kita bertelagah sesama sendiri, sedang isu seakan genosida tidak sempat hendak bicara. Langkah licik akhbar melesap simbol negara untuk menyelamatkan negara sebangsa! Kita berduka dan merana. Mereka dan kuncunya tertawa! Kita menjadi bahannya. Esok lusa, berlaku lagi. Siapa peduli, nasib dan maruah kita di perjudi? Sekadar teori konspirasi, berulang lagi!
--