• 2025
  • Berani dalam Benar: Mengakar umbikan "transformasi" pendidikan! Tidak terapong-apong

Berani dalam Benar: Mengakar umbikan "transformasi" pendidikan! Tidak terapong-apong

 - Dzulkifli Abdul Razak

Setiap kali seseorang bercakap tentang pendidikan, akan kedengaranlah istilah "transformasi" dikumandangkan. Apa lagi pada tahun ini yang akan menyaksikan berakhirnya satu bentuk "transformasi" besar-besaran melalui PPPM ataupun "blueprint" bagi pendidikan keseluruhan; peringkat sekolah mulai 2013-2025, sedangkan peringkat tinggi mulai 2015-2025.

Kerangka 10 tahun agak munasabah dalam meletakkan "transformasi" dalam ertikata sebenarnya bagi pendidikan. Itu pun tertakluk kepada penilaian serta sasaran yang dituju dalam kerangka tersebut seadanya pada penghujung tahun ini. Maksudnya, satu proses pengukuran dan tafsiran yang teliti wajar dilakukan mengikut budaya ilmiah serta aturan sarjana yang kental lagi telus serta bebas mesti dilalui. Baru dapat dibayangkan soal transformasi, ada atau tidak, sebaik-baiknya oleh satu badan berwibawa sebelum keputusan dibuat dengan objektif turut menyakinkan. Jika tidak, hanya tangkap muat sahaja mengikut selera tertentu sepertimana yang biasa dilakukan berbaur politik yang anti-intelektual sifatnya. Budaya sedemikian semakin menjadi-jadi kebelakangan ini sehinggakan ramai berhijrah atau menamatkan perkhidmatan mereka dalam sektor pendidikan amnya.

Lagipun PPPM berasaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK, 1996) sebagai pencetus kepada sekurang-kurang lima hikmah yang tersimpul rapi dalamnya. Misalnya hikmah pertama menuntut pendidikan kita berbentuk "berterusan," "menyeluruh" dan "bersepadu." Dan bahasa global kini, mungkin "life-long," "holistic," dan "integrated," sepertimana kehendak abad ke-21 seiring kemajuan teknologi yang pesat berlaku pada hampir semua peringkat dan pelusuk. Empat hikmah lain membawa pendidikan kita kearah "insani" dan "manusiawi" mengatasi teknologi serta industri seperti yang berkali-kali diulangi. Pendekatannya terarah untuk penuh berbakti dan berbudi, bukan gaji dan populariti. Ianya suatu perjuangan abadi membina diri, bukan berlumba lari mengejar itu dan ini. Bukan juga berpaksi "publish-or-perish," tetapi "do-or-die." Yakni keberhasilan ketara lebih penting berbanding hanya penulisan yang bergegar bagaikan sebuah tin lompong. Bukan juga kerana Ilahi. Maka tercetus janji-janji serong, omong-omong kosong untuk undi bermati-mati. Tidak peduli rasa hati, amanah suci. Semuanya sudah jauh tersasar bergelut mengembalikan semula berasaskan FPK seperti tersemat dalam Akta Pendidikan sehingga hari ini.

Pokoknya tanpa falsafah, kukuh, transformasi berbentuk apa yang diharapkan selain andaian sebuah gedung yang mementingkan semata-mata untung! Matlamat menghalalkan cara. Insan menjadi papa jiwa dan nyawa. Mata hati buta, tiada cahaya. Hidup gelita apabila transformasi menjadi durjana. Semua derita, sengsara. Bukan sejahtera.

Apatah lagi, jika transformasi PPPM sekarang masih belum tamat dan masih rancak berjalan mengikut perancangan rasmi. Tidak perlu tergesa-gesa, seolah-olah menidakkan usaha sedekad lalu dengan belanja ratusan juta. Hanya agenda sampingan yang boleh ditolak ketepi kerana tidak kaitan FPK, semata-mata keinginan naluri mendahului yang lain, menyalahi prinsip dan etika ilmiah yang mantap serta luhur. Dengan kata lain, amalan transformasi dalam transformasi seumpama ini menampakkan kegagalan berfikir dengan bernas dan matang. Alamatnya pendidikan tidak akan kesampaian. Sebalik terus kecundang! Transformasi lebih khabar dari rupa! Lantas, generasi masa hadapan disia-siakan.

Untuk mengelakkan keadaan ini berterusan semakin tenat, Persatuan Melayu Pulau Pulau Pinang (Pemenang) telah mengorak langkah berani melalui Konvensyen NGO-NGO Melayu Pulau Pinang minggu lalu agar segera menangani permasalahan keciciran pelajar-pelajar Melayu khasnya. Ini dimantapkan lagi dengan beberapa Ketetapan supaya isu tersebut segera dirungkai sebelum ia menjadi lebih parah. Mengimbau kemelut semasa, pada tahun 2023 sahaja, menurut Kementerian Sumber Manusia, kira-kira 300,000 pelajar yang punya sijil SPM tidak mahu melanjutkan pelajaran mereka. Hal ini membangkitkan kebimbangan di kalangan pendidik, ibu bapa dan pihak berkuasa Pendidikan, tegas Pemenang. Maka, pihak yang diberi amanah perlu berani menghadapi kenyataan dan bertindak segera dan sedia untuk mendengar reaksi masyarakat secara terbuka demi kepentingan bersama, ujar Konvensyen tersebut. Konvensyen juga mendapati semangat Falsafah Pendidikan Kebangsaan (1996) tidak kelihatan dengan jelas dalam pelaksanaan KPM menangani isu keciciran ini. Misalnya, faktor terbesar sebab keciciran ini ialah pelajar tidak berminat untuk belajar atau melanjutkan pelajaran. Konvensyen ini mendapati salah satu puncanya ialah pelajar-pelajar tidak dididik untuk menghayati erti pendidikan berterusan, berintegrasi dan holistik seperti dalam kerangka FPK, bagi turut melahirkan manusia yang seimbang dan harmoni melalui keperluan emosi dan rohaninya, selain aqal dan jasad. Apa yang diajar pelajar ialah bagi pelajar melihat kepada hanya keperluan ekonomi jangka pendek. Belajar untuk ekonomi sahaja dan tidak lebih daripada itu. Oleh itu, apa yang mereka tanggap ialah tiada keperluan untuk mempunyai pencapaian akademik yang tinggi bagi membentuk manusia yang sejahtera dan hanya membuang masa. Begitu juga dengan sikap para ibu bapa mereka, malah masyarakat umumnya. FPK perlu dihayati dan dilaksanakan disemua peringkat sama ada pada peringkat perancangan atau pun pelaksanaan sesuatu polisi atau dasar KPM. Pastikan modul-modul baru berasaskan kepada falsafah yang murni ini bukan yang menambahkan kekalutan dan kebingungan semua pihak. Harapannya agar kesejahteraan pendidikan mendahului terlaksana agar pendidikan negara berkembang mengikut acuan FPK yang telah wujud sekian lama itu dalam Akta Pendidikan. Pokoknya tanpa falsafah yang kukuh, transformasi yang diharapkan diandaikan sebuah gedung yang mementingkan keuntungan semata-mata! Matlamat menghalalkan cara. Insan menjadi papa jiwa dan raga. Mata hati buta, tiada cahaya. Hidup gelita apabila transformasi menjadi durjana. Semua derita, sengsara. Bukan sejahtera.

Kalaupun ada falsafah, apakah penerimaannya dalam Akta Pendidikan? Dan bagaimana pula letaknya dengan hikmah pendidikan berterusan, menyeluruh dan bersepadu, supaya tidak terapong-apong bakal membawa kemelut masa hadapan! Apatah lagi, transformasi PPPM sekarang masih belum tamat dan masih rancak berjalan mengikut perancangan rasmi.

Tidak perlu tergesa-gesa, seolah-olah menidakkan usaha sedekad lalu dengan belanja puluhan juta. Hanya agenda sampingan yang boleh ditolak ketepi kerana tidak berkaitan FPK, bukan naluri mendahului yang lain, menyalahi prinsip dan etika ilmiah yang mantap serta luhur. Dengan kata lain, amalan transformasi dalam transformasi seumpama ini menampakkan kegagalan berfikir dengan bernas dan matang. Akibatnya pendidikan tidak akan sejahtera atau mensejahterakan. Sebalik terus kecundang! Apa yang dikatakan transformasi lebih khabar dari rupa kerana tidak berpaut pada prinsip akar umbi, hatta terus rapuh, tidak mempunyai kerangka FPK untuk mendukungnya!

Oleh itu, kemelut yang berlaku bertambah membimbangkan, memberi bukti kukuh tentang apa yang sedang terjadi kepada eko-sistem pendidikan. Lebih daripada itu, langkah ‘transformasi’ yang diumumkan pada tahun demi tahun tidak pula mendatangkan apa-apa kesan ketara dalam memperbaiki keadaan. Dengan kata lain, transformasi seumpama ini tidak lain dari melepaskan batuk di tangga, hanya untuk mengaburi mata rakyat jelata. Sedang pendidikan tidak lagi mencelitkan manusia!

--

          It always seems impossible until it is done          Nelson Mandela (1918-2013)