• 2024
  • Antara Gula Dan Nikotin – Mana “Kecelikan”Nya?

Antara Gula Dan Nikotin – Mana “Kecelikan”Nya?

Emeritus Professor Tan Sri Dato' Dzulkifli Abdul Razak 
Opinion - Bacalah Malaysia 
September 15, 2024 

150924

 Ramai yang rasa gembira apabila baru-baru ini dirasmikan satu kempen tentang penggunaan gula sebagai bahan makanan seharian. 

Beserta aspek dan faktor yang boleh ”mencelikkan” para pengguna akan musibah penyalahgunaannya sehingga menyebabksan berbagai penyakit khasnya kencing manis ataupun diabetes, mahupun kegemukan ataupun obesiti. 

150924b

Kedua-duanya merupakan antara kemudaratan paling buruk bagi rakyat berbanding negara lain. Seolah-olah tidak lagi terkawal. Dan membebankan. 

Antara sebabnya adalah kelaziman menggunakan gula tanpa had semasa kecil lagi. Penggunaan gula agak tinggi menjadi budaya dan cita rasa amalan dan sukatan harian. Misalnya di negeri dan kelompok yang menjiwai budaya ini turun temurun, menunjukkan bilangan kes obesiti dan diabetes juga lebih tinggi secara perbandingan. 

Ini memang lumrah dan untuk mengatasinya perlu kepada kesedaran dan kecelikan mendalam supaya berlaku perubahan amalan serta cita rasa dalam memupuk gaya hidup lebih sihat dan sejahtera.  

150924c

Ia bahkan mendorong kepada satu tuntutan agama untuk mencapai kualiti hidup melalui ibadah kepada Ilahi. Ia bukan sekadar menjadi satu sasaran kesihatan yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan atas kerajaan seperti yang telah dilancarkan terkini. 

Lebih daripada itu ia satu amanah mensyukuri serta nikmati kurniaan Tuhan seadanya. Oleh itu, menjadi lebih sihat walafiat adalah lebih series, bukan sebaliknya. Maka kesungguhan menghindar perangkap gula tidak ada lagi kompromi sama sekali bagi semua peringkat. 

Lebih-lebih lagi bagi yang berusia muda lantas masih memerlukan kawalan sepenuhnya dari berbagai sudut pandangan, termasuk dasar serta hukuman setimpal.  

Di sini timbul berbagai pertanyaan yang  boleh mencelikkan sebagai satu panduan kesedaran sepanjang hayat. Beramanah dan adil. Tidak sesusah melancarkan roket – bak kata pepatah Inggeris. 

Namun masih ada beberapa kekangan yang wajar dicerahkan segera. Berikut adalah antara lima aspek terpenting:

Kecelikan pertama, gula seakan-akan sama bisanya dengan nikotin dalam cecair vape. Jelas nikotin lebih merbahaya kerana tahap ketagihannya jauh lebih tinggi berbanding gula. 

150924d

Jadi mengapa gula mendapat keutamaan Kementerian dan kerajaan? Bukannya vape bernikotin yang sudah lama mendapat pencerahan umum?

Kecelikan kedua, mungkin gula diutamakan kerana lebih sering melibatkan rakyat dari segi kegunaan.  Bak kata, Perdana Menteri – bersesak di hospital  sehingga beliau terus menghubungi Menteri Kesihatan (mengikut laporan media).

Pun begitu nikotin adalah antara bahan ketagihan yang telah lama diperangi sebagai “dadah” dan masih belum menang selepas hampir setengah abad.

Pusat-pusat serenti juga sesak dengan mangsa ketagihan dadah sejak lama lagi. Jadi, mengapa tidak disasarkan dadah vape sebagai musuh negara number 1 seperti mana dahulu kala? 

Kecelikan ketiga,  mungkin gula tersebar luas merentasi semua pelusuk masyarakat dan boleh dibeli oleh sesiapa sahaja jika termampu.

Tetapi, begitu juga halnya bagi bahan vape cecair dan gel yang bersalut nikotin sejak April 1 tahun lalu! Kerajaan Perpaduan dikatakan bersepakat melepaskan bahan vape berkenaan dari kawalan perundangan di bawah Senarai Racun, Akta Racun 1952. 

150924e

Vape yang selama ini terkurung dibawah Senarai Racun 1952 tiba-tiba dilepaskan sebebasnya seolah-olah seperti gula sehingga dini hari. Lambakan tanpa kawalan lagi. Bagaikan tanah jerlus menunggu mangsa yang tidak dijangka. Mungkin berjuta-juta. Mati sia-sia sahaja akibat janji dusta! 

Kecelikan lima, bukan terakhir, lagi sengsara. Satu generasi penagih baru sedang kita dibina. Mereka bakal para pengundi hari muka! Kalau tidak orang ternama.

Sedihnya hidup huru hara dalam mempertahankan negara merdeka! Walaupun dinyah diabetes dan obesiti, ketagihan membawa ribuan mati ngeri. Bertubi-tubi angkara cuai mungkin pihak tertentu yang melaksana dasar tidak integriti. Biar mati anak pertiwi!

Kesimpulannya, kita terus mencurigai selagi nasib bangsa tidak terbela. Hanya digula-gula sedangkan kecelikan dasar dan perlaksanaan masih tidak kenampakkan. Bak kata pepatah: mati semua kerana gula, lenyapnya bangsa menggilakan kuasa ! – BACALAHMALAYSIA.MY

  • Penulis adalah mantan Rektor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)