Log in
Berani dalam Benar – Pola kepimpinan Setan Besar yang terbukti menyesatkan. Dzulkifli Abdul Razak, April 18, 2025
Dzulkifli Abdul Razak
On Sat, at 9: 52 AM Dzul Razak <
Berani dalam Benar – Pola kepimpinan Setan Besar yang terbukti menyesatkan.
Setan Besar, terkini mengimpikan” dirinya seakan-akan “Jesus” melalui satu lakaran viral selepas bertelingkah dengan ketua gereja dari kumpulan Kristian mengenai peperangan Iran yang dimulakan hampir dua bulan lalu. Ini menjadi perdebatan politik terkini.
Ketua agama gereja tersebut menegur tentang serangan Iran yang tidak sah meragut ribuan nyawa tanpa henti walaupun dikatakan telah “menang” beberapa kali, tetapi masih berlanjutan dengan berbagai helah yang tidak munasabah serta alasan dongeng itu dan ini. Baginya pemimpin seperti ini adaIah “penyangak bangsat” termasuklah hasrat untuk menyumbatkan Iran kedalam neraka, dan mengikis keberadaan tamadun Farsi dari muka bumi. Setidak-tidaknya menghantar Iran semula ke Zaman Batu purba! Selain memaki hamun, mencarut, ia sekali gus menampakkan betapa tololnya bayangan Setan Besar tersebut. Lalu ia menjadi bahan ketawa dunia sebagai ketua negara yang kononnya termaju dan paling berkuasa di planet ini. Malah, ada seorang profesor yang terkenal dari Universiti Columbia yang mengatakan, dalam satu temu bual, bahawa Setan Besar merupakan ketua negara yang “terbodoh” diseluruh dunia, seiring komen-komen lain yang amat mengaibkan, misalnya menyebut perkataan yang salah lagi sumbang dalam ucapan rasmi mempertahankan imej negaranya. Serentak menyakinkan lagi akan ketololannya! Bukan sekali sekala, tetapi beberapa kali seakan-akan satu kecenderungan!
Oleh itu, terbit satu pola yang semakin nyata dijadikan ciri “kebodohan” yang dianjur oleh professor tadi. Antaranya, Setan Besar gemar membuat tindakan serta pengumuman tidak tepat, seolah-olah tanpa usul periksa yang teliti terlebih dahulu. Arahannya menyerang secara mengejut ke atas Iran pada Februari 28, terbukti sedemikian rupa. Bahkan, sudah ada lontaran bahawa ia dihasut oleh kumpulan musuh atas kepentingan sempit mereka sendiri. Sebab itu jugalah tujuan utama serangan yang dibuat masih samar-samar khususnya apabila Amerika Syarikit menjadi tekongnya! Dakwaan yang kononnya untuk mengubah rejim atau pemerintahan Iran bertukar-tukar dengan tujuan lain seperti “menghapuskan” persiapan serta aktiviti nuklear Iran, terutamanya apabila sistem pemerintahan berteraskan agama di bawah seorang pemimpin agama (ayatollah) tidak berjaya. Apatah lagi ekoran beberapa antara mereka bunuh saling berganti sehingga hari ini. Apabila isu nuklear diketengahkan pun tidak berjaya juga, soal pelayaran di Selat Hormuz dijadikan tujuan utama terkini. Sebagai ketua sebuah negara yang sentiasa mendabik dada akan kedudukannya yang tidak ada tolok bandingan menjadikan gelaran “sang bodoh” cukup hambar di mata dunia.
Pola kedua, berkaitan dengan ini adalah amalan “cakap tak serupa bikin.” Yakni pengakuan untuk melaksanakan sesuai sebagai susulan keputusan yang diumumkan sebelum itu tidak terkota. Misalnya, untuk menghapuskan tamadun Iran semalaman seandai Selat Hormuz tidak dibuka kepada semua kapal selepas tarikh tertentu, ditunda dua kali sehingga mendapat ejekan TACO – yakni Trump Always Chicken Out – bermaksud Setan Besar pengecut pada saat-saat terakhir! Pola ini terkesan sejak awal lagi, semasa mula menyerang Iran secara curi-curi. Seketika itu sedang berunding untuk berdamai hanya beberapa hari sebelum tanggal Februari 28. Amalan cakap tak serupa bikin, memburukkan lagi imej “terbodoh” tersemat di dadanya!
Pola ketiga, berkaitan rapat sebagai seorang “penipu-pembohong-pendusta” (3P) serentak. Sesuai dengan watak Setan Besar, ini sebati baginya sebagai “darah-daging” yang menjahamkan apa sahaja yang dapat tidak kira apa jua kesannya. Umpamanya mengisytiharkan “kemenangan” sewenang-wenangnya walaupun tidak ada apa-apa bukti sehalus hama dapat dikaitkan untuk menegakkan benang yang basah!
Lantas, sikap kepura-puraan seperti ini menyubur di kalangan mengikut tegar tanpa segan silu asalkan matlamat sempit masing-masing tercapai! Setan Besar mengalakkannya kerana ia turut menampung tabiat 3Pnya. Setiausaha Pertahanannya sering mendapat sanjungan apabila berbuat demikian semasa memberi taklimat perang. Malah pernah memarahi wartawan dan pemberita yang berani menegur apa lagi mencaci terus Setan Besar serta kuncu-kuncunya. Setiausaha Pertahanan tersebut antara yang kuat “menjilat” kerana kedudukannya goyah dan kelayakan yang buruk. Sebaliknya yang lebih berani dan tegas, diugut dan berhentikan serta merta. Ramai juga yang meletak jawatan untuk menjaga maruah serta kedudukan yang diamanahkan. Pendek kata, Setan Besar tidak rela didampingi oleh mereka yang jujur dan Ikhlas, dan lebih suka kepada mereka yang lebih dakal darinya, agar kedudukannya tidak terancam.
Pola kelima menonjolkan pautan kepada ego yang sangat menebal dan meruncing! Empat pola di atas didorong oleh nafsu ego sombong dan bongkang yang diluar kawalan. Sebab itu Setan Besar menginginkan Hadiah Keamanan Nobel untuk dirinya, dan menumpukkan kepada usaha kedamaian (ala Setan Besar) bukan kerana membikin keamanan global yang jati berkekalan, tetapi lebih cenderung kepada masuk bakul sendiri! Sekali gus menunjukkan kelebihan para mantan rakan sejawatnya, baik yang kecil-kecil sekali pun, asalkan nafsunya “menang” dengan berbagai dakyah dendam kesumat dengan apa cara sekalipun dipandu oleh 3P tadi. Maka slogan MAGA (Perkasakan Amerika Semula) memberi isyarat bahawa negara perlu diperkasakan sebagai slogan untuk mengabadi namanya, betul atau tidak. Oleh itu, Setan Besar sanggup “menerima” Hadiah Nobel dari seorang pemenang Venezuela sebagai "cenderahati” yang tidak selayaknya, mengikut peraturan rasmi mengenainya. Ego menjadi pedoman sesuai dengan kesetanannya!
Rumusan, Setan Besar mempersetankan apa sahaja jika ego tidak “terbelai” setiap detik dan masa. Lima pola utama tadi merupa benteng dan kubu kuat untuk berselindung. Namun, ini bukan segala-galanya, kerana masih ada pola kelemahan serta kebodohan lain yang sedang mula, antaranya gara-gara Fail Epstein yang menyangkut dengan kegiatan seks haram. Isteri Setan Besar isterinya baharu sahaja membuat pengumuman rasmi tiba-tiba yang menimbulkan lebih banyak pertanyaan yang menghantui kelakuan Trump bersama Epstein (bergelar Trumpstein!) sejak begitu dirahsiakan. Yakni satu lagi kebodohan lebih besar bakal meletup sesuai dengan lima pola tadi. Dengan kata lain, kepemimpinan Setan Besar akan kecundang lambat laun atas lima pola tadi, begitu juga mereka yang bersekongkol dengannya, sama ada disedari atau tidak. Ramai meramalkan pada masalah pilihan pertengahan penggal kelak Setan Besar akan ke "neraka" seperti mana yang ditomahkan acap kali kepada Iran! Rakan rapatnya di Hungary sudahpun kalah teruk untuk mengekalkan kuasa selepas 16 tahun, apatah lagi yang mereka yang setahun jagung!
