Log in
Berani dalam Benar : Sekiranya mengekori Amerika Syarikat...
Dzulkifli Abdul Razak
Seandainya Malaysia menyusuli Amerika Syarikat (AS), ia akan turut mengamalkan Pilihan Raya Setengah Penggal (PRSP) seperti mana berlangsung di seluruh AS baharu-baharu ini. Ia boleh diumpamakan apa yang berlaku di Melaka minggu lalu sebagai perbandingan terdekat, walaupun tidak serupa serba serbi. Begitu juga yang telah berlangsung di tiga negeri lain – Negeri Sembilan, Johor dan Sabah, sebagai satu gugusan. Tidak lama lagi, Sarawak pula. Walaupun di peringkat negeri, namun pemainnya tetap sama, malah berkaitan dari segi dasar dan isu-isu penting secara umumnya. Hanya masa dan tempat yang agak berbeza. Apatah lagi, dari segi kesan dan penerimaan umum seluruh negara, juga tidak berbeza. Malah dijangka dan ditelah mengikut pergolakan tertentu.
Ada yang mengatakan ia seolah suatu pungutan suara (referendum) secara amnya. Tidak bedanya dengan anggapan di AS sekalipun. Kebetulan, warna kelompok yang “menang” juga sama – sesuai dengan panggilan “tsunami atau gelombang” biru – sungguhpun tidak mempunyai persamaan makna mahupun gerak kerja. Ini kita sedia maklum kerana tahap kematangan serta kelantangan politiknya jauh berbeza serta lagi bertenaga.
![]() |
![]() |
![]() |
Institusi pengajian tinggi menjadi sasaran pihak berkuasa tatkala menentang dasar serta tindakan yang dianggap tempang. Contoh paling sering ditimbulkan berkaitan kebebasan bersuara dan bertindak yang disekat oleh Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) yang sudah berlarutan sejak tahun awal 1970 an lagi. Mantra yang diwiridkan adalah pendidikan dan
![]() |
![]() |
![]() |
politik tidak boleh bercampur aduk, walaupun amalan serta dasar yang perlihat ramai adalah songsang. Di bawah pemerintah Setan Besar tatkala dasar DEI – Kepelbagaian, Kesamarataan, Keterangkuman – diharamkan bulat-bulat selepas begitu lama
![]() |
![]() |
![]() |
menjadi landasan pendidikan tulen lagi sihat. Bagi kita pula, baharu terkial-kial untuk mengunkapkan pendidikan seiring DEI,

untuk mematahkan AUKU, itu pun diramal setengah pihak sebagai umpan Pilihan Raya Umum ke-16 buat generasi muda yang kian resah! Betapa tidak kerana hal ini pernah berulang kali disebut, hanya cakap tak serupa bikin! Satu amalan pusingan-U yang sudah hilang sengatnya kerana pendustaan janji dan tidak patuh amanah. Lalu, rasa saling mempercayai antara satu sama lain terus merudum. Pudar. Semua ini ada kena mengena dengan sifat kepemimpinan dimana sahaja. Terkini, mengikut satu kajian antarabangsa tahun lalu (2025), kelompok paling tidak boleh dipercayai adalah para politikus, disusuli oleh eksekutif pengiklanan, dan para pengaruh media. AI juga tersenarai antaranya. Berbanding dengan kelompok yang paling paling terhormat – para jururawat, ahli farmasi, doktor, serta guru/pendidik. Amnya, para profesional tegar.
![[PRESS RELEASE] - Trust in Professions | Ipsos](/images/email-articles/2026/11/berani-dalam-benar-sekiranya-mengekori-amerika-syarikat-11-a58480.jpg)
![[PRESS RELEASE] - Trust in Professions | Ipsos](/images/email-articles/2026/11/berani-dalam-benar-sekiranya-mengekori-amerika-syarikat-12-24a98c.jpg)
Anihnya, namun demikian kumpulan antara tercorot sering kali “diamanah”melakukan apa sahaja untuk kepentingan negara. Tanpa batasan etika serta ketatasusilaan termasuklah bergelumang dengan rasuah, penyalahgunaan kuasa, apa lagi berbohong dan menipu helah, sewenang-wenangnya! Keputusan gugusan pilihan raya negeri kebelakangan ini banyak membayangkan kekejian sedemikian rupa tidak dapat dinafikan lagi.
Maka tidak hairanlah pada tahun lalu seorang ahli parlimen di Johor menyeru “agar pimpinan kerajaan pada masa kini bermuhasabah dan merendah diri,” susulan perhimpunan besar-besaran rakyat yang berlangsung pada ketika itu. (Lihat kolum Ogos 1, 2025). Dalam sajak bertajuk 'Kupohon Maaf kepada Rakyat', beliau mengakui bahawa perjuangan selama 25 tahun untuk membentuk kerajaan tidak seharusnya menyebabkan mereka melupakan asal-usul serta ikrar murni yang pernah di lafaz ketika berada di pihak pembangkang. Kupohon maaf kepada rakyat, dari mercu Parlimen ini, ujarnya. Terkini beliau, memuat naik puisi yang menyentuh apa yang disifatkannya sebagai berbeza layanan dalam sistem perundangan negara khasnya! Nah! kali ini beliau dilaporkan akan disiasat di bawah peruntukan berkenaan, yang sudah barang tentu ini tidak akan membantu dalam meredakan rasa syak wasangka yang kini menghantui negara. Apatah lagi dengan berpura-pura semula menghapuskan AUKU dan undang-undang yang sama taraf kezalimannya kepada rakyat jelata. Yakni, menyekat ruang dan peluang berkarya, berpuisi dan berbudaya tulen dan tinggi tanpa banyak bersoal-jawab berbaur politik dangkal!
Mungkin satu-satunya yang baik berlaku dalam PRSP kali ini adalah rasa muak rakyat AS yang mencetuskan banyak langkah perintis tanpa diduga. Satu antaranya pemilihan senator Muslim pertama dalam sejarah AS. Mewakili gelombang biru, bakal Senator Abdul El-Sayed diejek berbagai jolokan mengaibkan untuk menjatuhkannya oleh pihak lawan, terutamanya dari segi agama. Namun, kelompok warna merah kecundang dengan jelas dimata dunia apabila beliau menang dengan yakinnya bagi AS secara am, dan Michigan khasnya! Satu-satunya kesan tsunami gelombang biru yang mengutarakan naratif berani bagi dunia yang kusut masai dan berbelah bahagi.
Tambahan dari itu, seorang wanita keturunan Amerika Latin menjadi Gubernor Texas buat pertama kali, begitu juga seorang lagi wanita, kali ini berkulit hitam yang pertama kali menjadi Gubernor Georgia; sedangkan seorang wanita Yahudi pertama, di Ohio. Ketiga-tiga contoh yang dipertontonkan dengan laungan jelas, menggantikan pihak lawan, cap gajah, dengan cap keldai!
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |












